Arina Puchong Physiotherapy Services
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity
Survey) pada tahun 2006 seramai 0.3% daripada penduduk di Malaysia
mengalami penyakit strok. Tinjauan seterusnya pada tahun 2011 menunjuk kadar
peningkatan kepada 0.7%. Purata umur bagi mereka yang mengalami stoke adalah
54.5-62.6. Anggaran 80% pesakit mengalami strok berpunca daripada salur darah
yang tersumbat manakala 20% pula adalah disebabkan salur darah yang pecah.
Penyakit darah tinggi adalah penyumbang utama kepada strok iaitu 53.2%-62.6%.
Ini diikuti oleh penyakit kencing manis sebanyak 27.4%- 55.2%. Manakala mereka
yang mengalami paras kolesterol dalam darah yang tinggi menyumbang sebanyak
4.8%-37.3%. Bagi pesakit strok mendapat gejala yang kritikal perlu
tinggal di wad dalam anggaran 9.8 hari dan bagi yang mendapat strok gejala
ringan yang perlu tinggal di wad selama 3.6 hari. Berdasarkan kepada
julat-julat di atas kaedah mencegah adalah amat penting daripada kaedah
merawat.
Otak pesakit strok tidak dapat mengeluarkan
sel-sel yang baru untuk mengantikan sel-sel lama yang telah rosak. Tetapi otak
pesakit tersebut mempunyai kebolehan untuk mengaturcara sel-sel lain yang tidak
terjejas untuk mengambil alih tugas sel-sel yang telah rosak. Ini dikenali
sebagai proses "Neuroplasticity". Proses "Neuroplasticity"
dan pembelajaran pergerakkan yang baru ini akan menjadi lebih sempurna dan
teratur apabila dibantu oleh ahli fisioterapi. Ahli fisoterapi akan menjalin
kerjasama dengan Jurupulih Cara Kerja dan Jurupulih Pertuturan untuk mengoptimakan
proses pemulihan pesakit. Bagi pesakit yang mengalami strok kaedah pemulihan
seawal yang mungkin adalah sangat penting untuk mencegah komplikasi yang bakal
mendatang. Bagi yang memerlukan rawatan pemulihan terutama untuk pesakit strok
boleh menghubungi Arina Puchong Physiotherapy Services di 019-6145924.
Untuk permulaan rawatan Arina Puchong Physiotherapy Services meliputi kawasan
Puchong, USJ, Putrajaya dan Petaling Jaya. Ahli fisioterapi yang bertugas di
Arina Puchong Physiotherapy Services adalah berpengalaman luas di bidang
pemulihan strok dengan tempoh perkhidmatan di pelbagai hospital kerajaaan,
swasta dan NGO yang melebihi 25 tahun.
No comments:
Post a Comment