Search This Blog

Sunday, September 27, 2020

Arina Puchong Physiotherapy Services




Arina Puchong Physiotherapy Services
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) pada tahun 2006 seramai 0.3% daripada penduduk di Malaysia mengalami penyakit strok. Tinjauan seterusnya pada tahun 2011 menunjuk kadar peningkatan kepada 0.7%. Purata umur bagi mereka yang mengalami stoke adalah 54.5-62.6. Anggaran 80% pesakit mengalami strok berpunca daripada salur darah yang tersumbat manakala 20% pula adalah disebabkan salur darah yang pecah. Penyakit darah tinggi adalah penyumbang utama kepada strok iaitu 53.2%-62.6%. Ini diikuti oleh penyakit kencing manis sebanyak 27.4%- 55.2%. Manakala mereka yang mengalami paras kolesterol dalam darah yang tinggi menyumbang sebanyak 4.8%-37.3%.  Bagi pesakit strok mendapat gejala yang kritikal perlu tinggal di wad dalam anggaran 9.8 hari dan bagi yang mendapat strok gejala ringan yang perlu tinggal di wad selama 3.6 hari. Berdasarkan kepada julat-julat di atas kaedah mencegah adalah amat penting daripada kaedah merawat.  
Otak pesakit strok tidak dapat mengeluarkan sel-sel yang baru untuk mengantikan sel-sel lama yang telah rosak. Tetapi otak pesakit tersebut mempunyai kebolehan untuk mengaturcara sel-sel lain yang tidak terjejas untuk mengambil alih tugas sel-sel yang telah rosak. Ini dikenali sebagai proses "Neuroplasticity". Proses "Neuroplasticity" dan pembelajaran pergerakkan yang baru ini akan menjadi lebih sempurna dan teratur apabila dibantu oleh ahli fisioterapi. Ahli fisoterapi akan menjalin kerjasama dengan Jurupulih Cara Kerja dan Jurupulih Pertuturan untuk mengoptimakan proses pemulihan pesakit. Bagi pesakit yang mengalami strok kaedah pemulihan seawal yang mungkin adalah sangat penting untuk mencegah komplikasi yang bakal mendatang. Bagi yang memerlukan rawatan pemulihan terutama untuk pesakit strok boleh menghubungi Arina Puchong Physiotherapy Services di 019-6145924. Untuk permulaan rawatan Arina Puchong Physiotherapy Services meliputi kawasan Puchong, USJ, Putrajaya dan Petaling Jaya. Ahli fisioterapi yang bertugas di Arina Puchong Physiotherapy Services adalah berpengalaman luas di bidang pemulihan strok dengan tempoh perkhidmatan di pelbagai hospital kerajaaan, swasta dan NGO yang melebihi 25 tahun.