Search This Blog

Monday, March 1, 2010

Angin ahmar atau stroke



Angin ahmar atau juga dikenali sebagai stroke adalah satu perkara biasa didengar atau dilihat oleh kita. Merupakan antara penyakit pembunuh utama di negara ini. Berlakunya adalah secara tiba-tiba tanpa menunjukkan sebarang gejala-gejala atau tanda-tanda akan terjadinya angin ahmar. Angin ahmar terjadi pada bahagian otak. Secara umumnya otak boleh dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian kiri dan bahagian kanan. Bahagian kiri otak akan mengawal bahagian tubuh sebelah kanan dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu sebahagian tubuh kita dikawal oleh otak yang bertentangan. Tetapi terdapat sebahagian kecil fungsi kawalan dimainkan oleh bahagian yang sama. Bila kita mengangkat tangan kanan sebenarnya otak bahagian kiri yang mengawal. Tapi dibahagian otak manakah kiri dan kanan ini akan bersilang. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa komponen pada otak manusia seperti cerebrum atau otak besar, cerebellum atau juga dikenali sebagai otak kecil, diencephalon dan brain stem atau batang otak. Dari batang otak ini yang akan menurun dan bersambung dengan spinal cord. Diencephalon terletak di atas brain stem. Cerebellum pula terletak di belakang brain stem. Manakala kedudukkan cerebrum pula disokong di bawahnya oleh diencephalon dan brain stem. Berbalik kepada persoalan di atas titik pertemuan adalah di kawasan yang dikenali sebagai medulla oblangata iaitu di batang otak. Walaupun otak manusia kecil tapi peranannya adalah teramat-amat besar. Mengawal pergerakkan tubuh dan deria rasa adalah peranannya. Seumpama CPU untuk tubuh kita. Cerebrum terbahagi kepada empat lobes; frontal lobe, parietal lobe, occipital lobe dan temporal lobe. Central sulcus pula adalah merupakan pembahagi antara frontal lobe dan parietal lobe. Pre central gyrus yang berada di hadapan central sulcus adalah kawasan primary motor. Manakala di belakang central sulcus terletak kawasan primary sensory. Diencephalon mengandungi beberapa komponent seperti; epithalamus, hypothalamus dan thalamus.

No comments:

Post a Comment