

Apabila kita dapat memahami aliran arteri yang terdapat di dalam
circle of willis lebih mudah untuk kita dapat memahami perkaitannya dengan stroke.
Middle cerebral artery adalah arteri yang kerap kali menyebabkan stroke. Perlu juga difahami kawasan otak yang dibekali oleh arteri ini. Ini kerana setiap kawasan otak mewakili peranan dan fungsi yang berlainan.
Middle cerebral artery
Middle cerebral artery membekalkan darah untuk kawasan
frontal lobe, temporal lobe dan
parietal lobe. Manakala untuk bahagian subcortical melibatkan struktur seperti
internal capsule, corona radiata, globus pallidus, caudate nucleus dan
putamen. Sebarang kegagalan untuk menyalurkan darah secara sempurna oleh arteri ini pada struktur yand superfisial akan menjejaskan fungsi mata dan deria rasa untuk bahagian
contralateral. Gejala dan tandanya adalah lebih menonjol pada bahagian atas tubuh dan kurang untuk bahagian bawah tubuh.Masalah pada pengli

hatan seperti
homonymous hemianopia kemungkinan akan wujud. Pada bahagian lebih dalam, gejala dan tanda yang menjejaskan penglihatan adalah lebih menyeluruh. Gangguan pada bahagian
hemisphere dominant juga akan menghasilkan aphasia. Sementara gangguan pada bahagian
non-dominant menghasilkan tanda dan gejala seperti
unilateral neglect, anogsia, apraxia dan
spatual diorganisation. Anterior cerebral artery
Membekalkan darah kepada frontal lobe dan parietal lobe. Juga membekalkan darah kepada struktur subcortical seperti anterior internal capsule, inferior caudate nucleus. anterior fornix dan corpus collusum. Walau bagaimanapun kes infarction pada arteri ini jarang menjejaskan bahagian proksimal kerana terdapatnya anterior communicating arteri. Tetapi bahagian yang terletak distal akan mengalami contralateral hemiparesis dan masalah deria rasa. Ini akan menjejaskan bahagian bawah tubuh dan kurang menjejaskan bahagian atas tubuh. Infarksi pada bahgian frontal lobe akan mejejaskan daya ingatan dan tingkah laku. Kerosakkan pada bahagian otak yang dominan pula akan meyebabkan pesakit mengalami aphasia. Manakala kerosakkan pada bahagian corpus collosum akan menghasilkan ciri-ciri seperti apraxia dan agraphia.