Search This Blog

Thursday, April 8, 2010

Rawatan Perubatan


Semasa pesakit di dalam hospital, tekanan darahnya akan diperhati dengan lebih kerap. Pada anggaran 20% daripada jumlah keseluruhan pesakit stroke akan menunjukkan tanda-tanda yang lebih teruk dalam jangka minggu yang pertama. Untuk pesakit yang mengalami tekanan terlalu tinggi, kadar gula di dalam darah yang tinggi dan paras kolesterol yang tinggi, kadar tersebut akan cuba dikurangkan dengan penggunaan ubat-ubatan dan melalui pengawalan pengambilan makanan yang bersesuaian. Pada pesakit yang mengalami saluran darah yang tersumbat atau 'ischemic stroke' penggunaan ubat yang mencairkan darah seperti 'antiplatelet' dan 'anticoagulant' adalah amat berkesan untuk mencegah serangan kali kedua stroke. Jika terdapat kesumbatan yang teruk pada arteri yang menuju dari tengkuk ke otak, pembedahan bagi membuang kesumbatan tersebut akan dilakukan. Pembedahan tersebut dikenali sebagai 'carotid endarterectomy'. Tujuan pembedahan tersebut adalah sama iaitu untuk mencegah serangan kali kedua stroke.Walau bagaimanapun jika stroke itu disebabkan oleh perdarahan atau dikenali sebagai 'haemorrhagic stroke' pembedahan akan dilakukan untuk meperbaiki saluran darah yang pecah itu (aneursym). Bahagian yang pecah itu akan diklipkan. Pengaliran keluar cecair otak kadang kala perlu dilakukan dengan kaedah pembedahan.

Wednesday, March 17, 2010

Pathogenesis of cerebral infarction


Pathogenesis adalah satu perkataan yang menerangkan bagaimana sesuatu penyakit itu berlaku dan apa yang menyebabkan berlakunya penyakit itu. Dalam erti kata lain kajian berkenaan dengan penyakit itu. Infarction adalah sekatan berlaku di dalam saluran darah yang menghalang bekalan darah dan menyebabkan kemusnahan pada sel-sel otak. Pada bangsa berkulit putih kira-kira 80-85% penyakit stroke adalah di sebabkan oleh ischaemic dan di kawasan benua kita ini kadarnya dalah lebih rendah iaitu kira-kira 60-70%. Penyebab utama yang menyebabkan ischaemic ini adalah penyumbatan yang berlaku pada saluran arteri. Dibawah ini saya nyatakan penyumbatan arteri mengikut pecahan peratusan.

1. embolism of thrombosis via or from the heart (20%)
2. large artery atherothrombosis or thromboembolism (45-50%)
3. small artery microatheroma (25%)
4. Other arteriopathies such as dissection and arteritis
5. Haematologica disorder causing prothrombotic state (<5%)

Friday, March 5, 2010

Neuron


Tisu yang terdapat pada sistem neuron teramatlah istimewa dengan keupayaan untuk membawa maklumat dengan cepat dari satu bahagian tubuh ke satu bahagian yang lain.Tisu neuron mengandungi komposisi neuron dan neoroglia yang kaya dengan bekalan darah. Neuron memain peranan yand penting untuk mengawal pemikiran, bahasa, emosi, mengawal pergerakkan dan menganalisa deria rasa. Neuron terdiri daripada 3 komponen yang utama; cell body, axon dan dendrites. Central nervous system (CNS) merangkumi otak dan saraf tunjang (spinal cord). Saraf peripheral akan menyambungkan CNS ini dengan bahagian tubuh yang lain.

Wednesday, March 3, 2010

Circle of willis dan Stroke



Apabila kita dapat memahami aliran arteri yang terdapat di dalam circle of willis lebih mudah untuk kita dapat memahami perkaitannya dengan stroke. Middle cerebral artery adalah arteri yang kerap kali menyebabkan stroke. Perlu juga difahami kawasan otak yang dibekali oleh arteri ini. Ini kerana setiap kawasan otak mewakili peranan dan fungsi yang berlainan.
Middle cerebral artery
Middle cerebral artery membekalkan darah untuk kawasan frontal lobe, temporal lobe dan parietal lobe. Manakala untuk bahagian subcortical melibatkan struktur seperti internal capsule, corona radiata, globus pallidus, caudate nucleus dan putamen. Sebarang kegagalan untuk menyalurkan darah secara sempurna oleh arteri ini pada struktur yand superfisial akan menjejaskan fungsi mata dan deria rasa untuk bahagian contralateral. Gejala dan tandanya adalah lebih menonjol pada bahagian atas tubuh dan kurang untuk bahagian bawah tubuh.Masalah pada pengliItalichatan seperti homonymous hemianopia kemungkinan akan wujud. Pada bahagian lebih dalam, gejala dan tanda yang menjejaskan penglihatan adalah lebih menyeluruh. Gangguan pada bahagian hemisphere dominant juga akan menghasilkan aphasia. Sementara gangguan pada bahagian non-dominant menghasilkan tanda dan gejala seperti unilateral neglect, anogsia, apraxia dan spatual diorganisation.
Anterior cerebral artery
Membekalkan darah kepada frontal lobe dan parietal lobe. Juga membekalkan darah kepada struktur subcortical seperti anterior internal capsule, inferior caudate nucleus. anterior fornix dan corpus collusum. Walau bagaimanapun kes infarction pada arteri ini jarang menjejaskan bahagian proksimal kerana terdapatnya anterior communicating arteri. Tetapi bahagian yang terletak distal akan mengalami contralateral hemiparesis dan masalah deria rasa. Ini akan menjejaskan bahagian bawah tubuh dan kurang menjejaskan bahagian atas tubuh. Infarksi pada bahgian frontal lobe akan mejejaskan daya ingatan dan tingkah laku. Kerosakkan pada bahagian otak yang dominan pula akan meyebabkan pesakit mengalami aphasia. Manakala kerosakkan pada bahagian corpus collosum akan menghasilkan ciri-ciri seperti apraxia dan agraphia.

Tuesday, March 2, 2010

Bekalan Darah Ke Otak


Darah yang dibawa ke otak mengandungi oksigen, glukos dan bahan nutrien. Darah tersebut akan kembali ke jantung dengan membawa karbon dioksida, asid laktid dan bahan kumuhan.Saluran darah yang menuju ke otak adalah amat kompleks. Setiap arterinya saling berkait rapat antara satu sama lain. Terdapat dua laluan arteri yang utama ke otak; internal carotid artery dan vertebral artery. Internal jugular vein berperanan membawa kembali darah turun ke jantung. Pada orang dewasa berat otak hanya mewakili 2% daripada berat badan tetapi penggunaan oksigen adalah tinggi iaitu hingga 20%. Sebarang gangguan pada aliran darah untuk jangka masa 1 atau 2 minit akan menjejaskan fungsi neuron. Manakala gangguan yang melebihi 4 minit akan menyebabkan kerosakkan otak yang berkekalan. Untuk pengetahuan bekalan glukos di otak perlu ditambah pada setiap masa kerana tiada sebarang ruang simpanan di dalam otak. Internal carotid artery bercabang dan menghasilkan arteri lain seperti anterior cerebral artery dan middle cerebral artery. Manakala middle cerebral artery akan menghasilkan dua lagi arteri; posterior communicating artery dan anterior communicating artery. Bagi vertebral artery menhasilkan basilar artery dan posterior cerebral artery. Posterior communicating artery pula meyambungkan posterior cerebral artery dengan internal carotid artery dan melengkapkan apa yang dinamakan sebagai circle of willis.

Monday, March 1, 2010

Apakah itu angin ahmar



Angin ahmar berlaku apabila bekalan darah pada bahagian otak tiba-tiba terganggu. Kerosakkan yang berlaku pada bahagian kecil otak dikenali sebagai angin ahmar yang sedikit ( TIA atau RIND) manakala kerosakkan pada bahagian otak yang berkekalan ( CI) dialami oleh pesakit yang mengalami angin ahmar yang teruk. Kesimpulannya kerosakkan otak ini menyebabkan sebahagian tubuh yang dikawal oleh otak berkenaan tidak berfungsi.

Kebiasaan angin ahmar berlaku pada golongan yang telah berumur. Lebih kurang tiga perempat kes angin ahmar berlaku pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Bagaimana pun mereka yang tidak tergolong dalam lingkungan peringkat umur ini pun berkemungkinan juga boleh mengalami serangan angin ahmar.

Angin ahmar atau stroke



Angin ahmar atau juga dikenali sebagai stroke adalah satu perkara biasa didengar atau dilihat oleh kita. Merupakan antara penyakit pembunuh utama di negara ini. Berlakunya adalah secara tiba-tiba tanpa menunjukkan sebarang gejala-gejala atau tanda-tanda akan terjadinya angin ahmar. Angin ahmar terjadi pada bahagian otak. Secara umumnya otak boleh dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian kiri dan bahagian kanan. Bahagian kiri otak akan mengawal bahagian tubuh sebelah kanan dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu sebahagian tubuh kita dikawal oleh otak yang bertentangan. Tetapi terdapat sebahagian kecil fungsi kawalan dimainkan oleh bahagian yang sama. Bila kita mengangkat tangan kanan sebenarnya otak bahagian kiri yang mengawal. Tapi dibahagian otak manakah kiri dan kanan ini akan bersilang. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa komponen pada otak manusia seperti cerebrum atau otak besar, cerebellum atau juga dikenali sebagai otak kecil, diencephalon dan brain stem atau batang otak. Dari batang otak ini yang akan menurun dan bersambung dengan spinal cord. Diencephalon terletak di atas brain stem. Cerebellum pula terletak di belakang brain stem. Manakala kedudukkan cerebrum pula disokong di bawahnya oleh diencephalon dan brain stem. Berbalik kepada persoalan di atas titik pertemuan adalah di kawasan yang dikenali sebagai medulla oblangata iaitu di batang otak. Walaupun otak manusia kecil tapi peranannya adalah teramat-amat besar. Mengawal pergerakkan tubuh dan deria rasa adalah peranannya. Seumpama CPU untuk tubuh kita. Cerebrum terbahagi kepada empat lobes; frontal lobe, parietal lobe, occipital lobe dan temporal lobe. Central sulcus pula adalah merupakan pembahagi antara frontal lobe dan parietal lobe. Pre central gyrus yang berada di hadapan central sulcus adalah kawasan primary motor. Manakala di belakang central sulcus terletak kawasan primary sensory. Diencephalon mengandungi beberapa komponent seperti; epithalamus, hypothalamus dan thalamus.