

Terdapat banyak faktor didalam kehidupan ini yang mampu meningkatkan kebarangkalian anda untuk mendapat penyakit stroke. Antaranya adalah:
1. Jika anda ada penyakit darah tinggi. Ini adalah antara penyumbang utama kepada penyakit stroke
2. Penyakit kencing manis
3. Sakit jantung ischaemic
4. Perokok. Langkah terbaik hentikan merokok
5. Obesiti.BMI melebihi 30. Langkah terbaik kawal pemakanan dan lakukan senaman yang berkala.
6. Kadar kolesterol dalam darah yang tinggi. Sekali lagi langkah terbaik adalah kawal permakanan.
7. Sejarah lampau yang mana anda sendiri atau ahli keluarga pernah mendapat mini-stroke atau pun stroke.
8. Mengambil minuman mengandungi alkohol.
9. Jika anda berumur 55 tahun ke atas.
10.Jika anda kurang melakukan aktiviti fizikal atau bersenam ini juga meningkatkan peluang anda untuk mendapat serangan stroke.