Search This Blog

Thursday, April 8, 2010

Rawatan Perubatan


Semasa pesakit di dalam hospital, tekanan darahnya akan diperhati dengan lebih kerap. Pada anggaran 20% daripada jumlah keseluruhan pesakit stroke akan menunjukkan tanda-tanda yang lebih teruk dalam jangka minggu yang pertama. Untuk pesakit yang mengalami tekanan terlalu tinggi, kadar gula di dalam darah yang tinggi dan paras kolesterol yang tinggi, kadar tersebut akan cuba dikurangkan dengan penggunaan ubat-ubatan dan melalui pengawalan pengambilan makanan yang bersesuaian. Pada pesakit yang mengalami saluran darah yang tersumbat atau 'ischemic stroke' penggunaan ubat yang mencairkan darah seperti 'antiplatelet' dan 'anticoagulant' adalah amat berkesan untuk mencegah serangan kali kedua stroke. Jika terdapat kesumbatan yang teruk pada arteri yang menuju dari tengkuk ke otak, pembedahan bagi membuang kesumbatan tersebut akan dilakukan. Pembedahan tersebut dikenali sebagai 'carotid endarterectomy'. Tujuan pembedahan tersebut adalah sama iaitu untuk mencegah serangan kali kedua stroke.Walau bagaimanapun jika stroke itu disebabkan oleh perdarahan atau dikenali sebagai 'haemorrhagic stroke' pembedahan akan dilakukan untuk meperbaiki saluran darah yang pecah itu (aneursym). Bahagian yang pecah itu akan diklipkan. Pengaliran keluar cecair otak kadang kala perlu dilakukan dengan kaedah pembedahan.